Tuesday, 18 December 2012

JADILAH SEPERTI LELAKI INI .....

Jadilah seperti lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu dan dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak gentar untuk berkata benar dan melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama pejuang-pejuang fisabilillah,

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu dan harta yang dimilikinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang,

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati dan berbakti kepada ibu bapanya,
Yang bakal menjaga kerakusan rumah tangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat-sifat rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan penuh rahmat Allah ke atasnya,

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazir masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh penuh kecergasan dan jiwanya bertambah kematangan,

Jadilah seorang lelaki, 
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan perlu dibaja dan dijaga,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian,

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan bualan Allah,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah ..
 

No comments:

Post a Comment